ELooo
Eloo semua..
Sungguh buhsannyer cuti dihujung minggu nie.. Semua org balik kg.. Aku je duduk rumah n melepak kat ofc.. Ada org nak renovate studio tu.. Takperla.. Tempat aku kerja juga. Takde org nak jagakan kontraktor2 tu. So akula kena jaganya..
Illis balik kg. Ada urusan katanya.. Apala tu ek? "Kesian kat saya ni tau.."..Aduh.. Hujan pulak doh! Musim la katakan.. Dahla rumah aku ni senang naik banjir. Takley nak g mana bila hujan lebat. Nak kena angkat itu ni. Takperla senaman tangan n apa2 yg patut.Orang kata badan naik sebab senang hati. Tapi badan turun mcm mana? Aku nak kata dah turun beratnya.. adala sikit.. tapi senang hati tau.
Baru2 ni sibuk bersenam. Ada masa lapang. Dah perhabiskan beratus nak beli alat senaman. Raket badminton je.. Dalam hari2 rajin aku mengurangkan apa2 yg patut dikurangkan pada bdnku ini, ada syarikat mana ntah.. kat hartamas tepon. Katanya aku menang pakej slimkan badan ni. Mcm tau2 je.. Poyonya.. Suka mmg la suka.. tapi kat hartamas lak tu.. Pulak tu diaorg suruh aku dtg 25 Dis.. (hari ni).. kalau dekat takperla juga. Dah la takde org nak teman g.. (awek balik kg la katakan).. Tapi tu bukan alasan pertama..
Pasal hujan ni.. Satim2.. bilalah ko nak dalamkan tasik tu.. Tasik tu dah boleh jadi main bola..Kesihatan aku makin memuaskan.. Walaupun kesakitan lama dtg balik (cedera kat lutut). Yg lain2 berfungsi secara normal.. Kalau ada pun terlebih sikit je.. Hahaha..
Kwn2 yg lain dah kahwin. Aku? Insya-Allah.. :)Cikam + Fatrin,& Asri + _____, tahniah sebab dah melangkah lebih jauh dalam perhubungan sesama anda. Cikam, maaf aku tak dpt dtg majlis nikah ko tu..
Keluarga aku semuanya sihat2 berlaka.. Dorang raya kat terengganu kali ni.. Aku? Kat serdang bersama bangla2.. :) Raya haji nanti.. tak tahu nak buat apa.. Mybe g tgok wayang.. Ntah la..
Kerja aku? Mcm dulu2 juga. Sibuk? Tak juga. Dah pandai kontrol2. Tapi tak meriah la.. Tak seronok kerja sekarang ni. Semua buat hal masing2. Takley nak tegur sangat dorang2 ni.. Aku buat kerja aku je. Banyak benda2 free yg kitaorg dpt dari penaja n syarikat rakaman.Tapi ada org sibuk nak buat kerja aku. Penat nak dpt hadiah tu semua. Senang2 je nak diagihkan. Aku dah benti kerja ke? Sukanya dpt benda freekan??? Jagalah sikit peribadi dalam urusan seharian.. Hehehe Mcm budak2.Lupakan benda tu. Sori nyusahkan korang membacanya.
Minggu lepas aku ada kursus kat Hotel Seri Setia, FBMK, UPM. UPM ada hotel? Ada.. Sapa kata takde? Dekan aku bg ada. Hehehe. Ni gara2 pengurusan sibuk bgtahu nak buat kursus kat Genting Highlands hujung minggu selama 3 hari. Aku punya la suka nak g rayau2 ni. Suruh bg nama secepat yg mungkin sapa yg kena g (sapa nak g, ley isi nama. kalau taknak takper).. Selang je 3 hari.. tak jadi buat pulak kat genting. Alih2 kat bilik sebelah pejabat dekan je.. Poyo giler!!! Wajib pulak tu semua kena g, kena amik tindakan sapa yg tak g! Mcm apaje.. Apa2 pun kursus tu elok tuk semua, kursus BI, BM dan Komunikasi dengan pelanggan. Tapi nak komen sikit. Disebabkan buat kat fakulti juga, peserta keluar masuk sebab nak buat kerja hakiki masing2. Gangguan betullah! Dahla perbincangan dalam kursus tu berkumpulan.. 1 kumpulan 10 org. Ni sekejap 8,, sekejap 9.. sekejap 10.. sekejap 5.. apa ke halnya!
Banyaknya aku taip.. Al maklumlah! 3 bulan sekali menaip dan sekadar mengisi masa boring aku di rumah ni. Hehehe.. Tapi takper.. Aku cuba mengaktifkan diri ini untuk mengisi blog aku ini. Kat UPM takley nak bukak Friendster nila.. Sekejap takley.. Sekejap ley.. Myspace boleh la bukaknya..Okla! Chiow! Jumpa lagi.. Da..
0 comments:
Post a Comment