Part 2 - Dugaan & Harapan
Untuk pengetahuan semua, aku ditempatkan di Cawangan Info FM, Bahagian Perkhimatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat sebagai Ketua Unit, Penolong Pengarah. Di bawah cawangan ini ada 3 org sahaja termasuk aku, yang lain2, ada 1 org S27 dan 1S17. Ada 3 org je? Itula tu. Tapi walaupun sikit, kami terpaksa mengcover program yang dianjurkan oleh jabatan ini. Kena cover 1 negeri Sarawak. Sepatutnya aku kena bertugas luar semepena pertandingan pidato di Sri Aman (3 jam dari kuching jika memandu sendiri, kalau ramai2 mybe sama atau lagi lambat coz mcm2 hal, huhuhu). Tetapi disebabkan keperluan unit ini pada program tersebut hanya proses rakaman sahaja. Hanya 1 org sahaja diperlukan dari cawangan ini. Sepatutnya aku kena pergi. Tetapi disebabkan tiada pegawai2 lain di bahagian ini ada masa kejadian, so aku kenalah lepak saja di ofc. Tetapi apabila diperingkat kebangsaan, Aku kena pergi juga.. Okla tukan? Tapi tatau kat mana tu aku talak tau.. Wait n c je..

Ntah berapa kilo dah turun? Malam dah tak makan.. Huhuhu
Hah.. ada benda aku kongsi ngan korang. Aku setiap hari akan b/fast n lunch di cafe jabatan ini. Mls nak kluar semata2 pergi makan, dahla jauh. Jadi, aku makan sahaja walaupun tak berapa sedap. Asal kenyang je.. Mlm pulak aku tak makan, tak reti la nak kuar malam2 kat tempat tinggal aku tu. Sunyi je.. OOoo terlupa lak aku nak citer jkat korang pasal Mizal.
Mizal ni org semenanjung juga, org kedah. Dia dah ada kat Sarawak ni, rasanya, 3 tahun. Dia ialah Pengarah LPPKN Kuching, Sarawak. Sebaya aku je.. Dah jadi pengarah tu.. Emm dah nama rezeki.. Aku menumpang di rumah beliau sepanjang aku keluar dari Mirlon Hotel hingga kini. Dia bg aku pinjam kereta untuk aku ke kerja. Thanx Mizal. Dia pergi ke pejabat dengan pemandunya. Hari2 berjemput dengan pemandu pejabat, Abg Salleh. Abg Salleh juga banyak membantu semenjak aku ke sini. Thanx Abg Salleh.
Hari ke-4 (jumaat, 11 Mei 2007) aku pakai kereta Mizal, rosak pulak kereta dia. Betul2 depan pagar rumah dia lak tu! Syukur juga depan rumah. Kalau kat tgh2 bandar, mcmanakan? Lagilah sakit... Aku ingatkan clucth pad. Ayh aku kata kalau rosak clucth pad, upah saja dan rm200 tapi barang dia murah je lebih kurang rm50. Allah menguji aku masa tu, aku tertekan pada hari itu. Aku maklumkanlah pada Mizal kereta dia rosak (sebelum aku tahu hanya miyak gear yang kering). Mizal ketika itu out station di KL lagi 3 hari baru di pulang. Mizal suruh aku perbetulkan. Memang aku nak perbetulkan pun. Habis duit aku nak dekat Rm250+, berlegar2 di kepala aku. Arghh! Dah boleh beli tiket balik KL (fikir aku!).. So, aku telepon la abg salleh. Lepas jumaat baru abg salleh sampai dengan kawannya. Chck punya chck cuma minyak gear kering rupayanya. Fuhhh lega hati aku.. So, kenalah beli minyak gear.. Syukur! Tak sampai pun rm50 aku habis. Lega. Aku dan abg salleh berpakat bgtahu Mizal hanya rosak yang simple je. Xnak bgtahu pasal minyak yg kering tu. Sebenarnya Mizal sudah lama tak servis kereta dia, kebetulan masa aku pakai kereta dia meragam. Xperla, dugaan semua itu.
Selang 2 hari selepas Mizal pulang, dia menghantar keretanya untuk diservis selepas dia dimaklumkan oleh kawan abg salleh itu kerosakan keretanya disebabkan kereta itu sudah lama tidak diservis. Kereta beliau selepas itu menjadi lebih ok berbanding sebelum ini dengan bunyi yang bermcam2. Tapi kekadang meragam juga kereta selepas itu. Susah nak start! Sebabnya connector pada baterinya tak bersentuh dengan bateri walaupun sudah 2-3kali perbetulkan. Mizal suruh ketuk kat connector tu dengan benda keras.. Slepas diketuk berulang kali, baru start! Emm mcm tu pulakkan.. Biasalah, hanya tuan sahaja yg tahu ragam keretanya. Mcm kitalah mesti kita nak jumpa selalu dengan mekanik yang sama untuk perbaiki kereta kita kan?
Untuk pengetahuan semua, kat sini semuanya berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Sarawak. Pening juga.. Sampai sekarang aku pening.. Buat2 paham je bila dgr mereka berboarak. Tapi faham juga apa yg dorang tengah sembang. Cuma takut salah je bila menyampuk. So, bila dorang sibuk menyembang dengan bahasa dorang, aku senyap sahajalah!
lihat tempat aku kerja @ Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak
Stop kejap..
0 comments:
Post a Comment