23 May 2007

Semangat Baru?

Salam semua..
Berita tak best pagi ni ialah permohonan untuk aku pulang ke KL tidak diluluskan. Takper! Aku balik ke plan yg asal. Cari rumah sewa + kenderaan ke ofc..

Balik dari kursus di Langkawi, aku terus cari. Tak tahu nak sewa sebuah sorang atau ngan org lain. Susah juga. Kalau dengan betul2 kenal takperla juga. Sedara dahla takde kat sini. Kalau rumah ok, sewa pun ok, aku duduk sorang. Yang pasti, ASTRO + TV + TILAM + 3 BANTAL + KIPAS sepastinya aku kena ada. Courts Marmouth je.. Huhuhu. Bayar sikit2.. Tapi, kena budget dulu sebab nak simpan duit tuk kahwin+ flight + emergency + etc..

Ayah aku nak datang sini lepas kursus. Hehehe. Mcm best je! Tapi sian kat dia. Banyak duit habis nanti. Tiket flight bukannya murah. Dia nak bg semangat kat aku rasanya. Hmm.. sebak je rasa. Semua bg semangat kat aku tuk aku survive kat sini. Sebenarnya sama je suasananya kat Serdang tu. Cuma banyak pantang larang je kena ikut. Cara kl jangan di bawa ke sini, nanti susah nak sesuaikan. Mcm aku la masa mula2. Memberontak je rasa. Bila dah seminggu duduk sini, baru la ok sikit. Kalau korang nak tahu pukul 9pm aku dah tido. Letih.. Sini waktu solat cepat 45 minit berbanding kat KL tu.

Rezeki kat Sarawak
Emm.. Begitula aku rasa. Aku bersyukur sangat2 walaupun ditempatkan kat sini, Kuching. Iyerla! Nak dpt jawatan tetap ni bukannya mudah. Itu yg aku setkan dlm kepala aku. Biarlah aku susah sekarang, Insya-Allah kemudian nanti aku senang pulak.. Amin.

Walaupun family + illis + kwn2 rapat jauh di mata tapi kat hati terlalu dekat dengan aku. Jika tak telefon dorang tak sah hari tu. Setiap hari kat ofc, aku onkan Yahoo Messenger selepas sampai ofc hingga balik. Jika berlakunya network biol (lembab), punyalah tak tenteram aku...

Aku tau bukan aku sorang yang sedih aku kena pergi Kuching ni, family aku + illis pun meratapi sama. Tapi apa nak buat, aku dah cuba minta tukar masa kat KL n Kuching. Tapi tak dapat! Maafkan aku... Aku risau dengan kesihatan mak aku. Kata adik aku, kesihatan mak aku sejak kebelakangan ni mendukacitakan.. Setiap kali solat, aku doakan kesejahteraan keluarga aku, illis + familinya.

Syukur.. Abah n mama illis selamat sampai mengerjakan umrahnya. Seronok aku dengar. Tapi sedih aku tak dapat sambut mereka. Insya-Allah, aku akan singgah rumah mereka di Sungai Petani sesudahnya kursus aku di Langkawi. (Baru lepas telefon mereka, dpt ckp ngan illis n mama dia je. abhnya tgah sibuk menyembang). Mama illis tak berapa sihat kat sana, katanya panas 42 darjah celcious. Hmm.. La ni dah pulih sakitnya walaupun belum sepenuhnya.

Hmm okla. Aku ingin pulang. Nak kejar asar, lepas tu Manjalara pulak.. Huhuhu. Mlm ni tido awal, nak tengok bola, Final Champion League, AC Milan vs Liverpool. Harap2 AC Milan menang! Aku tak suka sangat Liverpool. 4th dlm Premier League tapi ley masuk Champion League, tak bestnya!! Bukan golongan champion tu. Semoga Manchester United cemerlang pada musim akan datang. Amin. huhuhu

0 comments: