Syukur
Salam semua.
Syukur nikmat akhirnya dapat juga jawatan tetap walaupun calon simpanan dah 8 bulan. Aku di Kementerian Penerangan Malaysia sebagai S41 - Pegawai Penerangan.
Gambar batch 14 - S41 Pegawai Penerangan (2007)
Selepas 2/3 hari di kementerian, aku ditempatkan di Jabatan Penerangan Malaysia. Kat situ pun tak tetap lagi. Dah 2 minggu kat situ, akhirnya aku ditempatkan di Jabatan Penerangan Malaysia, SARAWAK!!! Sarawak tu.. Arghh Jauhnya! Nak minta tukar masa tu, org HR HQ taknak layan! Katanya Ketua Pengarah aku dah letak kat situ, tak tahu sebab apa aku diletakkan di situ. Sebenarnya aku target kat KL atau kat Putrajaya, alih2 dpt Petrajaya. Nama tempat lebih kurang sama tp jauh melangit!!!
PART 1

Akhirnya, 6 Mei 2007 (Ahad) sampai la aku di Kuching jam 1.40 pm. Nampak mcm biasa. Masih blur2 apa nak buat selepas mendarat di airport kuching ni, walaupun aku dah buat persediaan sebelum datang ke kuching. Apa2 pun, aku kena cari teksi untuk ke hotel yang mudah untuk kwn aku ambil tuk pergi ke tempat kerja. Hotel yang aku menginap selama 2 hari di sini ialah Marlin Hotel, Satok, jam 230 pm. Satok ni terkenal dengan pasarnya. Tempat org beli ikan terubuk. Murah. Katanya 2-3 ekor tuk rm10.. Insya-allah akan ku beli sebelum pulang ke Serdang balik, jika ada kelapangan.
Marlin Hotel ni bersih. Dalam bilik pun bersih walaupun kecil. Iyerla dah sewa tuk sowang. Buat apa nak besar aku sowang je. Lagipun nak jimat2. Orang merantau. Hmm.. Sampai2 je kat hotel, terus buat report pd org tersayang n famili. Tapi sebenarnya aku takut juga tinggal kat hotel ni. Cuba bayangkan, bilik kecil tapi almari besar. Aku tak bukak langsung almari tu. Mcm horror je. Emm bantal ada satu je. Tapi tilam empuk. Best. Tv lak tergantung, mendongak nak tengok. Air cond bising, tapi nyaman.. Hah!! Tingkap ada tapi takley lock.. Argh! Takut diapa2kan masa tido.. Tapi tido nyenyak jugak!!! Huhuhu..
Lepas report-mereport tu semua, aku tukar baju n terus tido. Sebabnya aktiviti aku bermula pada malam itu. Nak usha rumah2 sewa dan pusing2 ke tempat aku bekerja. Thanx for diani, adiknya dan bf adiknya, Saiful. Dorang sanggup buang masa tuk aku. Saiful sudah dapatkan 1 rumah tuk aku.. Ada 1 tingkat, 4 bilik + kelengkapan perabot cuma rm550. Cuma rm550??? Harga boleh tahan. Tapi kalau aku duduk sorang2 mmg la sesak nak bayarnya, sebabnya nak cari kenderaan pulak masa tu. (dahla takley nak bawa kereta aku coz aku ke sini atas tiket penempatan baru, kalau PERTUKARAN, baru boleh). Dah jumpa tuan rumah tu. Tapi aku kena tunggu kawan aku, Am, ke sini. Tapi dia tak jadi dtg sebab bos dia sekarang tak bagi. So, aku kena cari plan B. Selepas jumpa tuan rumah tu, kami pergi melihat tempat kerja aku.. Sunyi malam tu, kat Stadium Petrajaya. Lepas tu kita org g ke Kg Boyan. Minum kat satu tempat tu. Pergh viewnya lawa giler.. Lupa lak aku nak minta gambar permandangan kat situ pada diani. Takper. Next time aku letak yer bila aku dpt dari diani. Mlm tu aku makan mee kolok! Mee Kolok? Bunyi mcm pelik tapi best! (Mee kolok = mee meggi + sup daging/ayam + taugeh + sos cili/kicap).. Kena pandai cari juga kat mana sedap. Minuman pulak, aku order Teh C Special (aku ikut Saiful). Main ikut je. (Teh C Special = Air Teh + Susu Cair + Ais + Gula Melaka Cair/Air Gula Pandan (Nak campur pun boleh).. Sedap! Tapi Saiful kata tak sedap air mlm tu.. Tapi aku rasa sedaaaaaaaaaaaap je.. huhuhu.. (1st time).
Selepas meronda2, terus aku pulang balik ke hotel. Masa risau juga coz ramai org berkumpul kat lobi tu. Org cina bertatu. Dlm ramai2 tu, ada yang menyanyi hidustan tu, Lagu Shah Rukh Khan. Sedap pulak aku dgr! Huhuhu..Aku cepat2 naik ke bilik. Tido!

Bergambar dulu di dalam bilik Marlin Hotel sebelum pergi kerja
Esoknya, pagi2 aku dah siap. Aku tunpang Freda. Tunang dia yg drive. Thanx pada tunang freda. Sanggup dia nak pusing amik aku kat Satok ni. Dari satok nak ke Petrajaya tu lebih kurang 15-25 minit juga la.. Kalau jem amik masa sikit. Ingatkan kat Kl je jem, tapi kat sini jem juga! Tapi tak sesesak kat KL. Kalau korang nak tahu, kat Kuching kaya dengan bulatannya.. Mcm Shah Alam je aku rasa. Nyaman je masa tu. Segar dengan banyak lagi pokok yang besar2 ada kat sini.
akan ku sambung pada kemudian hari.. Tunggu yer!
0 comments:
Post a Comment