23 July 2007

Dlm perjalanan pulang ke Serdang

Elooo..
Malam jumaat ni, berangkatla aku ke KLIA dengan menaiki Air Asia, AK5213, dari Kuching.
A'ah naik Air Asia je.. Dapat diskaun. Tapi hutang dengan Illis. :)

Air Asia (Man Utd) @ Airport Kuching

Aku bercuti dari 26 July - 1 Ogos 2007. Tetapi dalam waktu tu, aku kena hadir taklimat Isu-isu Semasa Anjuran Kemeneterian Penerangan di Angkasapuri pada 31 Julai 2007. Bos aku mcm tahu je aku nak balik kg. Tu yg kena g tu.. Takperla. Demi tugas! (KONON!)

Kalau takde aral melintang atau menegak, aku akan ke Sg Petani jumpa Pak n Mak Mertua aku kat sana dengan Illis. Dan kalau takde apa2 juga, Mak n Ayah aku pun nak follow sekali dengan along sekeluarga. Konon2 risik la tu.. :) Ok je! Lagi baguskan.. Ley kenal besan..

Tadi baru lepas mesyuarat ttg acara sempena merdeka. Aku dilantik lagi sebagai AJK Keselamatan tu. Agaknya bos aku lantik sebab aritu aku berjaya handle keselamatan kat Kg Buntal, Kuching, sebelum ni kot? Huhuhu. Program ni dinamakan sebagai KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2007 & Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2007 Peringkat Negeri Sarawak.

Peta Sarawak


Program aku kali ini bemula dengan Pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan 2007 Peringkat Negeri Sarawak di Kapit pada 17 Ogos 2007. Kapit? Kat mana tu? Kat atas tu, korang ley tengok kapit kat mana. Kalau Korang nak tahu, harga roti canai kat sana RM2.50. Mahal gilak! Huhuhu.

Bermula 15 Ogos 2007
, kami semua akan berangkat dari Kuching ke Sibu dengan menaiki kenderaan kami. Ketika sampai di Sibu, kami akan makan tenghari di sana. Kami meneruskan perjalanan selepas itu dengan Ekspress. Hah? Eksprees? Apa tu? Aku pun tatau mula2. Ekspress tu bot panjang yg akan menyelusuri sungai sehingga ke Kapit. Seram sejuk aku. Amik masa 2-3 jam juga la. Ada yg mabuk air ni. SEDIAKAN MINYAK CAP KAPAK!! Ops.. Aku yg kena sediakan sebab aku AJK Keselamatan. Hmm, takper! Cukup bekalan nanti.. Mybe boleh siap minum lagi. :)
16 Ogos 2007, kami akan adakan rehearsal di Padang Sukan Kapit.
17 Ogos 2007 (malam), Majlis Pelancaran & Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Penerangan Negeri S'wak, En. Resat Salleh ke YAB Ketua Menteri. Pada waktu itu juga, perbarisan disertai pasukan Kadet Jalur Gemilang.
18 Ogos 2007 adalah hari kami bertolak balik ke Kuching.

Untuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2007 pula:-
25 Ogos 2007, lokasi perjalana di Kuching & Sri Aman. Program-program yang akan berlangsung ialah Perlepasan Peringkat Negeri , Larian Merdeka Komuniti Bestari, Upacara Sambutan Konvoi @ Bulatan Merpati Sri Amandan Konsert Merdeka @ Dewan Suarah Sri Aman (ada artis dari Malaysia Idol).
26 Ogos 2007, lokasi perjalanan di Sri Aman, Sarikei & Sibu. Program-program yang akan berlangsung Sambutan di Rumah Amit Peligong, Jalan Roban Lama, Majlis Tahlil di Tugu Peringatan Rosli Dhoby @ Masjid An Nur, Sibu & Majlis Bicara Merdeka oleh pejuang Melayu dan Iban @ Dewan Suarah, Sibu.
27 Ogos 2007, lokasi perjalanan Sibu, Bintulu & Miri. Program yang akan berlangsung ialah Pengisahan Keperitan Penaklukan Jepun @ Tapak Lapangan Terbang Lama, Bintulu (sebelum ini banyak bom peninggalan askar jepun ditemui di sini).
28 Ogos 2007, lokasi perjalanan di Miri, Limbang & Lawas (kena lalu Brunei dan sediakan pasport berkumpulan). Program yang akan berlangsung ialah Konsert Merdeka @ Padang Pekan Lawas (ada artis AF yang berasal dari Sarawak, sapa ek?)
29 Ogos 2007, lokasi perjalanan di Lawas & Limbang. Program yang akan berlangsung ialah Forum Erti Kemerdekaan Dari Persepektif Islam" @ Dewan Suarah Limbang. Ahli panel terdiri daripada kalangan tokoh agama negara.
30 Ogos 2007, lokasi perjalanan di Limbang & Miri. Programnya ialah Uapacara Ambang Merdeka.
31 Ogos 2007, lokasi perjalanan di Miri. Programnya ialah menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan.
1 September 2007, lokasi perjalanan di Miri & Kuching. Programnya ialah... apa lagi, balik rumah masing2 la!! :p

Mesti ada yang tercabut skru kat badan ni. Mcmanalah nanti kalau program ni akan dibuat pada waktu puasa? Huhuhu.. Kuatkan iman seteguh mana yang perlu. Berjuang habis-habisan.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

1 comments:

Unknown July 25, 2007 at 4:05 PM  

mahal gilo roti canai kat sana...