Hadiah sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia
Eloo
31 Ogos 1957 ialah tarikh kemerdekaan Malaysia. Kini, sudah hampir 50 tahun Malaysia sudah merdeka.. Pelbagai sambutan telah dibuat oleh organisasi kerajaan dan mahupun pihak swasta telah dan akan dibuat dalam sambutan ulangtahun yang ke-50 tahun Kemerdekaan Malaysia.

Logo 50 tahun Merdeka
Sebenarnya aku bukan nak taip pasal apa2 pun.. Cuma nak korang bayangkan "50" ni.. Apa yang korang akan bayangkan??

**Persoalan
i. Dengan perletakkan jawatan oleh semua pegawai2 dalam FAM, taraf pasukan Malaysia akan meningkat?
ii. Dengan rambut rebonding Azizon (penjaga gol) & Rosdi Talib, pasukan Malaysia dirundung malap? Menyampahnya aku tengok dorang betulkan rambut.. Uikk!! Dengan jari pun boleh...
iii. Apa sasaran Malaysia sebenarnya dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Asia kali ini, menjadi Juara atau menjadi pengajur terbaik? Poraaah!!
Azizon (Penjaga Gol)

Dalam bulatan, Rosdi. Free role la konon.. Sibuk jaga tempat org lain.. Tempat sendiri tak jaga.. Sibuk tepi kain orang je ko ni..
4 comments:
aku setuju ngan kata2 kau ttg rebonding tuh! menyampah benor aku nengok lelaki rebond rambut diorang! pompuan ok lagi...
pastu, pemain2 malaysia nih byk scandals drpd kerjaya. org bg peluang sepak bola, sepaklah betul2! kasi naik nama negara! kalau setakat nak sepak bola je, aku pun reti sepak bola.dahlah gaji mahal, tak reti2 nak majukan sukan bola kita nih!malu aku, siap siar secara langsung dalam astro's sport channel. keliling asia tenggara tau malaysia nie haprak! malu aku sbg org malaysia,jadi tuan rumah, tapi tuan rumah kena 'halau' dari umah sendiri. aku ingat nak sekeh je diorang ni! kau tolong sekehkan sikit yus!
betul laaa... dorg tuh nak bagi cantik gol tuh sempena 50 thn merdeka.... tu yg bagi 5-0 kat ubz tuh..... aku rasa kalau bebudak bwh umur yg main lagik baik sbb confirm dorg belum bley rebonding lagik....
thanx sependapat dengan aku.. aku tersgt la menyampah dgn FAM ni.. tukarla pengurusan baru.. Bagi tempoh 10 tahun tuk muka baru ini.. Kita developkan pemain baru dari akar umbi ke puncak mahligai.. :P . FAM ketagihkan sokongan peminat, dorang ada tanya ke, peminat tagihkan apa? Tentulah tagihkan KEMENANGAN!!!
wehh!! ku pun heran, walau pun dah tau malaysia akan kalah, tapi kaki ku ni tetap rajin gak nak p stadium untuk bagi sokongan, jerit2 dan balik layan roti kosong banjir kuah kari ikan dengan teh tarik gelas besar...
ku suka kalau player malaysia ambil inisiatif sendiri untuk majukan team... caranya... biar diorang sendiri fikir macamana..??
Post a Comment