06 November 2007

18 November 2007 - Hari Pertunangan Yus & Illis


Dah nak masuk 29 tahun, aku baru nak bertunang. Kahwin lak?! Insya-Allah tahun hadapan. Kawan2 yg lain semuanya dah beranak pinak. Awal rezeki mereka. Rezeki aku baru sekarang. Bukan mudah nak bina keluarga. Anak orang aku kena jaga. Bukan takat kahwin dengan anak je tapi dengan famili juga. Sama2 kena adil. Semua hati dikedua2 belah pihak kena jaga. Insya-Allah, aku akan usahakan seadil boleh untuk mereka.


18 November 2007 adalah tarikh lahir pertunangan aku. Serombongan dari Serdang akan tawan rumah belah perempuan di Sungai Petani.. Persiapan dari pihak laki setakat ni dah 90%. Selebih2nya kena tunggu aku pulang ke Serdang pada 15 Nov ni. Majlis ni akan dibuat di rumah Illis @ Bandar Putri Jaya, Sungai Petani. Pihak Illis tengah sibuk buat persiapan dari segi jemputan dan kenduri. 17 hb rombongan dari Serdang akan bertolak dan akan bermalam di rumah abg sepupu di Sg. Petani juga. Dan ada kemungkinan juga yang akan bermalam di hotel berdekatan.


Kawan2 dan anda yang sedang blogku ini, doakan majlis ini berjaya. Doakan hubungan kami bahagia sehingga ke akhir hayat.

Aminn..

4 comments:

Unknown November 6, 2007 at 5:27 PM  

yeeeaa....

syabas bang ngah... tahniah..!!

Yusrizal November 7, 2007 at 3:41 PM  

10q! 10Q!

Anonymous November 14, 2007 at 1:07 AM  

Ingat you masih ada vacancy...tu lu bilang kat mak wee di Sarawak, oh kau tipu....menjanda anak dara yang kau tinggal, Selamat Naik Pelamin, bukan nak jadi YB lee...Tahniah.

ceri masam November 16, 2007 at 8:11 AM  

selamat bertunang YUS