19 December 2007

Man. Utd Kalahkan Liverpool.. Arsenal pulak kalahkan Chelsea...

Elloo..

Lambat pulak aku letakkan cerita sensasi minggu lepas. Cerita pasal bola sepak. 4 buah pasukan gergasi di Premier League tahun ni, Man. Utd, Chelsea, Arsenal & Liverpool. Aku pergi kursus 2 hari. Kat Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Berita bawah ni aku ambil dari web Harian Metro.

Chelsea gigit jari
LONDON: Arsenal menewaskan Chelsea 1-0 malam tadi dan kejayaan itu adalah yang pertama dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuatkan skuad bimbingan Arsene Wenger itu kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.William Gallas menanduk masuk sepakan sudut yang diambil Cesc Fabregas pada masa kecederaan babak pertama di Stadium Emirates untuk membuatkan pasukannya kekal satu mata mengatasi Manchester United.Gallas yang memikul tanggungjawab selaku kapten Arsenal, pernah bersama skuad Chelsea selama lima musim sebelum berpindah pada Ogos 2006.Ia adalah kejayaan pertama Arsenal ke atas Chelsea sepanjang 11 pertemuan dalam semua pertandingan termasuk suku akhir Liga Juara-Juara 2004.


Kemenangan terakhir 2-1 Arsenal ke atas Chelsea ialah di Stamford Bridge pada saingan Liga Perdana 2004.
Kedua-dua perlawanan membabitkan dua pasukan itu musim lalu berkesudahan seri 1-1 dan Chelsea menewaskan Arsenal pada final Piala Liga.


Saingan kedua-dua pasukan itu diwarnai beberapa terjahan keras hingga hampir mencetuskan ketegangan di kalangan pemain terutama selepas kekasaran John Terry ke atas Fabregas pada minit ke-30.Pada hujung permainan, ketegangan tercetus lagi mengakibatkan Fabregas dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.Terry terpaksa dikeluarkan 10 minit selepas itu akibat terjahan Emmanuel Eboue.

Pertahanan Chelsea, Ashley Cole yang menghabiskan masa selama lapan tahun bersama skuad The Gunners itu sebelum berpindah ke Blues, Ogos lalu, diejek setiap kali menerima bola. - AP

Liverpool Gigit Ibu jari Kaki.. Hahaha... Ops.. Silap lak... hehehe

2 comments:

Anonymous December 19, 2007 at 12:48 PM  

bro.nampak macam peminat bola jer.kalau sudi jom join borak borak bola kat http://www.borakbola.net. baru nak maju2 skit..hehe

Unknown December 24, 2007 at 3:11 AM  

kahkahkah... [tu je yang mampu ku keluarkan]