31 March 2008

Minggu yang sesak dan bohsan

Elo..

Mana taknya, kena lepak ofc sampai bohsan. Pastu balik ni mesti jalan tgh jem2 punya. Arghh!! Walaupun lebih 1 min dari masa yang biasa aku balik, aku dah mula bohsan. Tapi akupujuk diriku ini supaya aku lupakan yg aku kena stand-by ofc ni. Iyerla, kerja bahagian PR ni kerja tak kira masa. Kul 6 pm la ramai yg sibuk2 nak itu ini la.. Takper. Seminggu ni. Turn yg akn dtg lagi 3 bulan. Okla tu kan.. Tapi jgn la kaco masa aku dah kahwin nanti. RumahKu, syurgaKu tau! Huhuhu

lagi 10 min kul 6 pm. Biasanya, time2 ni aku dah tido or tgok tv kat rumah.
Tapi hari ini?? Tgh update blog kat ofc ni. Kul 8 pm aku balik.

Muka sengal kena lepak kat ofc. Kul 5 ptg biasa aku dah sampai rumah tau..
Aku duduk jauh. Kena kluar awal, balik pun awal. Nak elak jem la beb!

Waktu2 takde kerjalah aku update blog ni. Sejak 2 menjak ni aku bz. Kena buat kerja ofcmate yg g kursus. Takdela susah mana. Aku tak merungut pun. Janji kerja yg aku kena cover tu, kenalah cukup info. Kalau tak cukup info, payah la!!

Maaflah kiranya aku tak dpt update setiap hari.. (mcmlah ada pembaca setia... ada ke?). Sibuk la sekarang ni. Hujung minggu ni aku takde.. G rumah illis. G tempah baju pengantin. Kat kedai "AKAK" Andam.. "Akak" tu.. Jgnlah tgn dorang merayap2 kat tubuh aku ni.. Aku masih suci tau.. Dlm plastik lagi.. hiks!

Illis kena jln jauh sikit. Banyak pulak kereta kat dpn pagar.
Dulu aku ley masuk kolej ni dengan senang je.. Takde sticker.
Takperla. Lagi beberapa bulan je.. Lepas ni takdela nak g kolej ni nak amik Illis..
Ada sebelah bahu je nanti.. hehehe

Aku ada banyak cerita kat korang. Tapi tak tahu nak cerita yg mana satu. Sebab asik kena pk ayat utk minit mesyuarat minggu lepas. Tak siap2 lagi.. Tak pernah pulak aku buat kerja setiausaha ini. Aku bukannya setia sgt.. Setia dlm mesyuarat je tau!! Kalau kejap okla, kalau lama gila meeting tu, baik aku update blog je.. :)

Ala, mesyuarat pasal hal2 semasa. Banyak pendapat yang nak dikongsikan bersama. Sampai tak terulis aku kat notebook aku. Ada bawa perakam, tapi tak clear pulak!

Sesiapa yg dah daftar sebagai blogger, hati2lah apa yg korang nak bincangkan n sampaikan maklumat. Banyak unit akan pantau apa yg korang ckpkan. Selain tu, rakyat Malaysia sekrang ni dah celik IT. Tak mcm 10 - 15 tahun yang dulu. Baru2 ni, ada yg kena saman RM3juta, disebabkan kelonggaran n ketidaktepatan fakta. Untuk maklumat, bukan cawangan aku yg handle ni semua. Ada unit lain. Aku tatau unit mana. Rahsia besar. Lagipun, aku bukannya tahu pun. Apa2 pun. Kita ckplah benda yang benarkan. Supaya tidak memerangkap diri pulak. Kalau nak selamat, korang cerita pasal korang je.. (iklan dari penunggu setia ofc.)

Hujung minggu lepas (semalam sebenarnya) aku g Plaza Sentral, Shah Alam dengan bakal org rumahku, Illis. Saje je usha2 baju pengantin. Org kata (termasuk mak aku) kat sini banyak pilihan. Banyak jugala. Tapi mcm tak best je. Tatau kenapa. Bila ada kedai berkenan, penjual lak mcm apa je. Sombong nak mampus. Mentang2 la kitaorg dtg dgn t-shirt je. Pastu tak glamour. Yg pastinya aku ingat, aku masuk Butik Kakak Ella, Saidatulnisa (betul ke nama dia ni? Lantak la).. Dia punya jurujual mcm harun. Sibuk nak tgok tv masa kitaorg tanya details servis dorang. Tv tu bukannya depan2 dia, tapi tv tu tergantung kat sebelah kepala dia. Asik2 dongak2 je tgok tv. Kitaorg punya la nak tanya pasal pakej dia. Terus je aku ajak Illis keluar. Mangkukla.. Tak heran pun.. Ptuii!! Bodoh!!

Rimas la kat Plaza PKNS Shah Alam ni..

Sama je gambar dengan yg atas.. (ter-upload 2 kali pulak)

Okla.. Aku nak balik dulu. Org yg selalu pantau aku balik awal, dia dah balik! Ala, dia balik lewat pun sebab bos aku balik lewat. Ni bos out-station, boleh pulak ko balik awal yer?! Takperla.. Lagi 4 hari dugaanku ini.. Esok aku nak bawa games la.. Ley la main kat ofc ni.. :) (abaikan dengan ayt aku mcm keling, nak cepat! Tak sempat nak edit pulak) :P

3 comments:

Anonymous March 31, 2008 at 11:53 PM  

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.

AliA_Bayis April 2, 2008 at 3:25 PM  

huhu dude, gue suke banget baca blog lue ni, mmg kelakar pun n gue pun baru jek blaja buat hahahha mengarut jek kat blog tapi kengkdg best gak layan blog org lain actually baru jek tjumpe blog lue ni, n menarik sehhh tahniah, u touch my heart hahahha tata

Yusrizal April 3, 2008 at 8:19 AM  

gue pun sama mengarut.. mengisi masa lapang. walaupun tak lapang pun gue cari gak masa nak mengisinya dengan menaip blog ni.

sebelum ni rajin membaca blog org.. belajar pengalaman org lain. kat sini pulak gue kongsi pengalaman kat org lain pulak.

anw, thanx