Manchester United ke final Champion League 2008? Sudah pasti...!!!
Sabtu lalu, reputasi skuad kendalian Alex Ferguson itu tercalar ekoran kekalahan dramatik 1-2 kepada musuh tradisi, Chelsea dalam saingan Liga Perdana England.
Kekalahan yang dilakar di Stamford Bridge itu menyaksikan United gagal untuk mengesahkan gelaran liga lebih awal dan kini berkongsi 81 mata bersama The Blues. Begitupun, tonggak utama Manchester United, Ryan Giggs yakin skuad Red Devils itu akan menebus kembali kekalahan dengan menewaskan Barcelona pada aksi penting di Old Trafford esok.
Di atas kertas, United yang turun selaku tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mara ke perlawanan akhir Mei ini selepas terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Nou Camp minggu lalu.
Namun, Giggs yang juga pemain paling senior dalam skuad United mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak terlalu meratapi kekalahan mereka kepada Chelsea apabila berdepan pemain-pemain Barca.
"Kami harus pulihkan dan kembalikan semangat kami kerana ini adalah pertemuan yang cukup penting," kata Giggs yang pernah membantu United menjulang gelaran Liga Juara-Juara pada tahun 1999.
"Kami mahu memenangi gelaran liga dan kami juga mahu mara ke final Liga Juara-Juara. Kami memiliki peluang untuk melakukan kedua-duanya.
"Kami memiliki pemain yang hebat. Kami telah buktikan terutamanya pada babak kedua ketika menentang Chelsea. Kami memang menantikan pertemuan dengan Barca."
Sementara itu, Cristiano Ronaldo yang terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti di Nou Camp minggu lalu bertekad untuk menebus kembali kegagalannya itu di Old Trafford esok.
"Saya memandang serius pertemuan ini kerana ia adalah perlawanan terbesar pada pandangan saya. Jika kami menang, kami akan mara ke perlawanan akhir," jelasnya.
- AFP

4 pengempur pasukan masing2
Penentuan getir ke perlawanan akhir
LONDON - Pertama kali dalam Liga Juara-juara Eropah perebutan ke perlawanan akhir begitu sengit buat tiga pasukan dari England, Manchester United, Chelsea dan Liverpool yang akan bermain pada perlawanan separuh akhir kedua hari ini dan esok.Kecuali satu pasukan sahaja yang bukan dari England iaitu Barcelona yang akan menentang United hari ini selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dalam separuh akhir pertama di Sepanyol dan berpeluang untuk layak ke perlawanan akhir yang berlangsung bulan depan.
Mengikut ramalan dan kedudukan terkini ia mungkin akan menemukan Chelsea lawan United di Moscow 21 Mei ini, selepas 10 hari kedua-dua pasukan menyelesaikan permusuhan merebut juara Liga Perdana England yang begitu sengit.Chelsea menanti kunjungan Liverpool esok, sebelum ini John Arne Riise telah menjaringkan gol sendiri dalam masa kecederaan untuk kedudukan di Anfield terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama.
Liverpool cuba layak ke perlawanan akhir ketiga Liga Juara-Juara Eropah dalam empat musim, mereka sekurang-kurangnya perlu menjaringkan gol di Stamford Bridge selepas gagal dalam sembilan perlawanan sebelum ini.United masih lagi dihantui kegagalan Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti di Nou Camp tetapi seri tanpa jaringan pada perlawanan sebelum ini memberikan mereka kelebihan mengatasi Barcelona.
Sejak Liga Juara-Juara Eropah diperkenalkan pada 1992/93 terdapat 20 perlawanan peringkat kalah mati pusingan pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dan 14 dari perlawanan tersebut dimenangi pasukan yang menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan kedua. Semuanya serba tidak menjadi buat Liverpool selepas Riise menjaringkan gol sendiri dan sekarang mereka tidak boleh lagi menunggu sahaja dan cuba untuk menjadikan perlawanan separuh akhir ketiga dalam Liga Juara-juara Eropah berakhir dengan kejayaan menentang lawan tetangga London itu.
Sejak Bruno Cheyrou membantu mereka menang 1-0 pada Januari 2004, Liverpool tidak pernah menggegarkan jaring di Stamford Bridge. Bagaimanapun, mereka pasti gembira memiliki penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang sering menghadiahkan jaringan buat Liverpool berbanding tahun-tahun sebelum ini. Penyerang dari Sepanyol itu telah menjaringkan 30 gol, termasuk ketika seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan di Anfield sebelum menambah lagi dua gol pada Ogos dalam prestasi terbaiknya dan ini menjadikan juara sebanyak lima kali kejohanan tersebut akan ke Stamford Bridge dengan penuh keyakinan.
''Sebelum ini kami ke Stamford Bridge tanpa Torres. Anda akan sentiasa mempunyai peluang dengan pemain seperti Fernando, dia merupakan pemain yang hebat musim ini,'' kata ketua pasukan, Steven Gerrard. Torres dan Gerrard adalah di antara pemain yang direhatkan Sabtu lalu ketika seri 2-2 di Birmingham City tetapi Chelsea tidak mampu berbuat demikian kerana mereka bertembung dengan United dalam perebutan juara liga. Mereka menang 2-1 dalam perlawanan yang membolehkan mereka mengutip mata sama dengan United tetapi ia merupakan perlawanan yang sengit, memenatkan dan boleh mempengaruhi perlawanan esok, kedua-dua pasukan akan bertemu buat kali ke-20 dalam tempoh empat tahun, perlawanan itu mengulangi perlawanan musim lalu di mana ia berakhir dengan sepakan penalti.
Ia seakan situasi yang sama di Old Trafford di mana Barcelona berkunjung dengan beberapa pemain masih lagi bertenaga selepas direhatkan dalam perlawanan menentang Deportivo Coruna di mana mereka tewas 0-2. United tidak mampu untuk merehatkan pemain utama mereka, termasuk Ronaldo yang dimasukkan pada separuh masa kedua tetapi kebanyakan pemain utama mereka bermain dalam perlawanan itu dan Rooney yang menjaringkan terpaksa dikeluarkan akibat mendapat kecederaan pinggul.
- REUTERS
1 comments:
Tak sabar ku nak tunggu final
Post a Comment