Manchester United Menang Lagi

BELGRADE: Manchester United menewaskan Roma 2-0 manakala Barcelona menang 1-0 ke atas Schalke dalam saingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, pagi tadi yang menyaksikan kedua-dua pasukan hampir pasti layak ke saingan separuh akhir. Jaringan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney di Stadio Olimpico membolehkan United melebarkan langkah untuk menanti Roma di Old Trafford pada perlawanan kedua suku akhir. Jurulatih United, Alex Ferguson berkata, kemenangan itu amat selesa bagi pasukannya dan memuji pemainnya sebagai pasukan yang mantap.
Sementara itu, gol Barcelona diperoleh menerusi penyerang, Bojan Krkic, jaringan sulungnya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah serta muncul pemain kedua termuda berusia 17 tahun dalam kejohanan. - Reuter
**copy dari Berita Harian online
0 comments:
Post a Comment