24 April 2008

MU, Barcelona terikat, Ronaldo gagal sempurnakan penalti

TEPUK: Pemain Barcelona dan Manchester United menepuk tangan ke arah penyokong yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 pada saingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp.

BARCELONA: Pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti sehingga menyaksikan pasukannya terikat 0-0 dengan Barcelona pada saingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp, awal pagi ini. Sepakan pemain antarabangsa Portugal yang kini menjaringkan 38 gol musim ini, tinggi tersasar selepas bola terkena tangan pemain tengah Barcelona, Gabriel Milito, seawal permainan.

"Saya tidak menukar gaya mengambil penalti, tapi hari ini nasib tidak menyebelahi saya, namun saya tetap akan menjaringkan gol di Manchester nanti," kata Ronaldo. Meskipun Barcelona mendominasi permainan, namun asakan dan kawalan pasukan Catalan itu tidak langsung melemahkan Manchester dengan penjaga gol Edwin van der Sar hanya diuji oleh percubaan pemain gantian, Thierry Henry pada minit terakhir perlawanan. Barcelona yang menyaksikan pasukan tunggal bukan dari Liga Inggeris meneruskan saingan Liga Juara-Juara tidak mengambil peluang bermain di tempat sendiri dengan membiarkan pemain Manchester bebas bergerak.
Langkah Manchester untuk mengorak ke final hampir menjelma apabila Milito menghadiahkan penalti selepas bola tandukan Ronaldo terkena tangannya, namun peluang mendapatkan gol kelebihan di tempat lawan tidak menjadi kenyataan. Barcelona yang bangkit selepas kejutan awal itu meledakkan tekanan menerusi gandingan Deco, Lionel Messi, Andres Iniesta and Samuel Eto'o tetapi kurang menjadi. - Reuters
**copy dari berita harian online

0 comments: