23 August 2008

1 perak je dapat dari Olimpik

Membazir atau tidak apa yg kita laburkan kepada kemajuan sukan di Malaysia? Walaupun sebutir pingat dan beberapa rekod kebangsaan telah dicipta, aku masih hampa. Ada yg pulang dgn tangan kosong tanpa apa2 rekod untuk dibanggakan. Berjuta2 ringgit wang rakyat telah dibelanjakan.

Sepertimana yang kita tahu, fizikal menjadi faktor utama apabila kita hendak bersaing dengan negara orang putih/ negro. Kalau itu sering kita menggunakan sebagai alasan kalah kita, ada sukan kita berjaya dalam sukan yg totalnya menggunakan fizikal seperti squash dan badminton.

Walaubagaimanapun, ada sukan kita boleh tumpukan yang tidak menggunakan kekurangan kita dari segi fizikal iaitu menembak, memanah, kenu, ekuestrian dan sebagainya.

Semuanya terletak pada mental kita dalam menghadapi lawan yg besar dari kita. Semoga Malaysia lebih bersedia menyediakan atlit-atlit yang lebih bersedia, bukan atlit yg makan angin je dan berlatih diluar negara tetapi hampehhhh!!!



Yu Fang, tak menghabiskan acaranya dlm Olimpik

majulah sukan untuk negara...

0 comments: