29 August 2008

Anwar dah jadi ahli parlimen Malaysia semalam

Semalam beliau dah mengangkat sumpah. Mesti hangat parlimen nanti dengan kehadiran beliau. Semoga beliau menjalankan tugas seperti diamanatkan oleh penduduk di Permatang Pauh kerana memilih beliau sebagai Ahli Parlimen. Bukan takat beliau sahaja, tapi aku harap semua wakil2 pembangkang dan kerajaan yang sedia ada menjalankan tugas2 yang diamanatkan oleh rakyat Malaysia. Amin..

Mingu lepas aku pulang ke SP untuk berjumpa mertua selain menemani illis yang tidak sihat untuk memandu pulang ke Serdang. Waktu yg sama juga kami mengambil kesempatan membeli kain untuk bergaya di pagi syawal. Kedai Mak Nya (Nyonya tau! bukan maknyah) masih sudi mengambil tempahan kami. Inysya-Allah, baju kami siap Hari Kemerdekaan ini. Kejap gile & Murah. Sepasang baju melayu cum RM65. Kalau kat lembah klang ni sampai RM100+..

Rumah Mak Nya tu kat kawasan panas, Permatang Pauh. Meriah betul dekat situ. Plat kereta seluruh Malaysia boleh kelihatan di sana bagi memeriahkan dan mengambil peluang berkempen untuk parti masing2. Malaysiakan ke Demokrasi..

PKR menggunakan membahayakan diri dengan berdiri di tengah jalan.
Bahaya betul abg2 ni..

Siap berkongsi kemah pun ada.. :)
Gambar Pak Lah pun ada..
Bendera PKR lebih banyak kelihatan berbanding Jalur Gemilang..

0 comments: