Bahaya + melambatkan perjalanan..
Kenderaan berat dilarang guna Jambatan PP waktu puncak
KUALA LUMPUR 30 Julai - Semua kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan dari pukul 5 petang hingga 7 malam setiap hari berkuat kuasa 15 Ogos ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, arahan tersebut dibuat bagi mengurangkan kesesakan di jambatan tersebut yang sedang dalam proses menaik taraf.
Katanya, arahan itu akan berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. "Bagaimanapun, kita menjangkakan kenderaan berat boleh melalui laluan itu seperti biasa selepas September 2009," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Katanya, selepas selesai proses naik taraf itu, kadar maksimum laluan trafik sebanyak 150,000 kenderaan dijangka dapat dicapai sepenuhnya. Mohd. Zin berkata, kementerian juga memberi kuasa kepada pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Wilayah Utara untuk membenarkan pengecualian diberi kepada kenderaan berat yang terpaksa melalui jambatan itu pada waktu yang ditetapkan.
"Bagi pengusaha yang memerlukan pengecualian, mereka boleh membuat rayuan kepada pihak terbabit," katanya.Dalam perkembangan lain, Mohd. Zin berkata, kutipan tol bagi jalan Gunung Raya, Langkawi sebanyak 50 sen akan ditamatkan bermula 1 Ogos ini.Katanya, mengikut Akta Tol (Jalan dan Jambatan) 1965, kutipan tol sejak Mac 1993 itu akan dibatalkan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kajian perjanjian konsesi tol, Mohd. Zin berkata, ia akan siap dalam masa empat minggu lagi."Kita akan memperoleh hasil kajian dalam tempoh itu dan semua keputusan akan dibuat selepas itu," katanya.
Kementerian Kerja Raya telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kajian Kadar Tol pada Jun lalu untuk mengumpul data dan mendapatkan maklumat daripada syarikat konsesi terbabit serta pengguna lebuh raya.Kajian tersebut dijalankan dengan mengambil kira beban syarikat konsesi, rakyat serta taraf perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat konsesi tersebut.
**copy dari utusan online
.jpg)
time ni aku bawa kenariku, 80km/h. bayangkan tetiba rantai yg ikat balak tu putus?
ngilu je rasa kalau lalu sebelah lori mcm ni..
0 comments:
Post a Comment