20 August 2008

Bodoh betul la..

Tiga sekeluarga maut sekembali ziarah kubur
Oleh Jalal Ali Abd Rahim dan Nik Sukry Ramli


REMUK TERUK: Perodua Kancil yang dinaiki mangsa remuk selepas bertembung dengan MPV di Putra Perdana, semalam.
Ujian air kencing pemandu MPV rempuh Kancil positif dadah

KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga maut apabila kenderaan Perodua Kancil dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Batu 15, Jalan Meranti Jaya, Putra Perdana dekat sini, semalam. Ketika kejadian jam 11.30 pagi itu, kenderaan dinaiki mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pandan Jaya dari Putra Perdana selepas menziarahi pusara ahli keluarga mereka.

Mangsa yang maut dikenali Minun Aman, 55 dan dua anaknya, Azmi Abd Jalil, 34 dan Norhidayu, 23. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata kemalangan berlaku selepas pemandu MPV itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan. "Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa remuk teruk dan semua mangsa tersepit di dalamnya.

"Kita mendapat bantuan daripada Balai Bomba Cyberjaya dan Petaling Jaya untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayub, berkata pemandu MPV berusia 33 tahun sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang jam 1.45 petang semalam. "Kita menahan pemandu itu selepas hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya. Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang.

Suami Allahyarham Minun, Abd Jalil Yusof, 64, ketika ditemui di Hospital Serdang berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras selepas urusan bedah siasat selesai.


nota kaki:- Dlm TV3 bgtahu driver ni dari UPM. Mcmana UPM ley amik anggotanya penagih dadah?? Cuba check sikit pak guard sekali, negatif ke positif ?

0 comments: