Farouk punya kerja ke ni?
**copy dari kosmo online

BEBERAPA pelajar yang menjadi mangsa buli geng Gagak Hitam berkongsi masalah mereka di sebuah sekolah di Terengganu semalam
Dilayan bagai hamba- Geng Gagak Hitam bebas buli pelajar sekolahOleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my
KUALA TERENGGANU – Amalan beberapa pelajar yang menoreh dagu bukan setakat mahu berlagak menjadi ahli kumpulan samseng Gagak Hitam, malah pada masa yang sama, kegiatan mereka membuli pelajar lain turut dianggap zalim.
Walaupun sebelum ini mereka menafikan menindas pelajar lain, hakikatnya geng samseng sekolah itu memang menjadi pembuli dan ditakuti.
Perkara itu didedahkan pelajar di beberapa sekolah di negeri ini yang menjadi mangsa dan sudah tidak tahan terus-menerus diperlakukan seumpama hamba kepada rakan sekolah sendiri.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hana, 14, mendakwa, dia pernah dipukul ahli Gagak Hitam kerana tidak mampu membeli pen yang dijual mereka.
“Pen itu asalnya pen saya. Mereka rampas. Esoknya mereka cari saya dan paksa saya beli dengan harga dua kali ganda pula.
“Saya antara pelajar yang kerap jadi mangsa ahli kumpulan itu. Memang mereka zalim dan saya sedih kerana diperlakukan macam ni,’’ katanya yang tidak dapat belajar dengan tenang di sekolah.
Shauki (bukan nama sebenar), 13, berkata, setiap hari dia diugut oleh kumpulan pelajar yang berlagak ahli Gagak Hitam dan dipaksa memberi duit poket kepada mereka.
“Paling kurang, mereka minta 20 sen. Saya pun berilah wang sebab memang dah tak ada pilihan lain, lagipun mereka ramai. Saya pernah melawan tapi mereka ancam pukul saya, malah mereka pegang tangan dan seluk poket saya.
“Ada juga pelajar yang kena bayar sampai RM1 sehari kepada kumpulan itu dan biasanya mereka ini anak orang berada,’’ katanya kepada Kosmo! semalam.
Jelasnya, ada kira-kira 10 pelajar di sekolahnya yang dikenali sebagai anggota kumpulan Gagak Hitam dan mereka kerap bersama dan melindungi satu sama lain.
p/s:- Pernah tengok filem Gila-gila Remaja tak? Ingat tak watak Farouk yg tak hensem anak orang kaya tu? Ala, yg nyanyi lagu September tepi sungai tu.. Aku rasa sebab dialah kes Gagak Hitam berleluasa kat Gannu..
0 comments:
Post a Comment