20 August 2008

Rugi kalau tak pergi.. Nasib baik pergi

Bangun2 pagi dah stress. Iyerla, selalunya kalau pepagi rabu ni, aku mesti kena g meeting yang lama giler tu. Alih2 lepas subuh, ofcmate aku bgtahu, meeting yg lama tu bos aku g plus ptg nanti dia tak masuk. So, aktiviti merayau2 ke nanti atau terus balik je rumah? Hehehe. Tak kot. Ada kerja nak buat. Iyerla, minggu lepas aku MC, semalam n kelmarin ada kursus lak.

Pasal Kursus tu, bukan kursus tapi bengkel. Nama bengkel tu "Powerful Negotiation Strategies & Tatics". Aku sebelum ni mengofferkan diri tuk pergi bengkel ni, tapi aku tarik diri jumaat sudah sebab aku mc. Aku bgtahu ofcmate aku yg aku tarik diri sebab nak setelkan kerja disebabkan lama tak masuk ofc (baik la konon.. mmg baik pun la.. :P). So, bengkel tu dioffer ke orang lain.

Alih2 pagi Isnin jam 830am, bos aku suruh pergi bengkel ni. Iyerla, org lain tu balik kg tak bagtahu bos. Dahlah bengkel pukul 9am. Bos aku ckp, bengkel ni menarik n best. Tu yg dia suruh aku g gak!! Nasib baik kat Bukit Kiara. Ingat2 lupa jalan kat situ. Selalu aku lalu malam je, bila siang semuanya nampak buat mataku ini jadi juling. Kereta yang banyak, nasib baik tak jem. Iyerla cuti sekolah.

Sepanjang 2 hari aku g bengkel tu, banyak ilmu aku dpt. Nasib baik aku g, kalau tidak, ntah bilalah aku akan dpt kursus seumpama ni lagi..

p/s:- goal kita sebagai pekerja ialah duit dan pengalaman..

0 comments: