03 September 2008

2 minggu berturut balik SP

Baru2 ni aku dan illis balik ke SP untuk berpuasa bersama keluarga mertua di sana. Kami naik bus. Walaupun harga mahal sikit, kami amik peluang cuti sempena cuti merdeka. Berpusu2 orang kat puduraya nak balik ke kampung masing2.

makanan tak habis hidang lagi ni..
si aiman hulu ke hilir lalu depan tv.. nak amik perhatian kot?

aku lupa lak nama salah seorang kakak aiman ni.
pendiam je. mereka ni kecil lagi tapi dah kehilangan ayh mereka 3-4 tahun yg lepas.
mereka cuma 3 beradik je. paling kecik si aiman, 7 tahun.

pak mertua aku tgh bergossip kat dapur rasanya.. hehehe

inilah aiman. mula2 dia segan dengan aku, alih2 leh gurau dgn aku.
siap sikat rambut n letak bedak lepas kami dah setengah jam kat situ. gigi depan dia patah
sebab jatuh dalam longkang. aiman ckp, longkang tu ada ikan makan org.
Layankan je la.. Pastu aku ckp, ikan tu mesti amik gigi aiman. Terus je sentap muka aiman! :)

masakan kampung. kt kl susah nak cari kat kedai..

Kali ini pak mertua aku memperkenalkan keluarganya di balik pulau, penang. mak anjang siap masakan special untuk kami. aku dah kenyang pun makan juga apa yg telah dihidangkan. Sebelum kami ke sana, kami dah kekenyangan. Tapi disebabkan lauk2 pauk yg dihidangkan menarik nafsu kami, lalu kami memperhabiskan. Hehehe..

Dah lama tak makan cempedak goreng. Bestnya dapat makan.. Berbelas ulas aku makan. Mak mertua aku sediakan. Terliur lak sekarang ni. Gambar tak sempat aku snap. Sebab mcm tak manis lak aku nak snap depan mertua aku. (Sebab lapar n sedap sampai leka nak snap sebenarnya.. hehehe :) ).

Baju raya aku dan illis dah siap. Seminggu je Mak Nya tu siapkan. Janji memang tepat la nyonya ni. Murah je dia amik. Tahun depan aku buat lagi kat situ nampaknya. Tapi, awal2 lagi dia kata nak naikkan harga tahun depan. Hmm.. Rm5 je. Ok lagitu. Kiranya sepasang baju melayu dia amik Rm70. Okla tu kan? (baju raya kami, aku tak nak snap. nanti lepas raya baru aku snap tuk korang tgok).

Raya nanti keluarga illis akan beraya ke gannu. Waktu tu pulak aku ambil peranan jadi pemandu pelancong pulak!! hehehe

0 comments: