16 September 2008

Anak-anak Beckham ceburi muzik?

DAVID BECKHAM bersama anak-anaknya, Cruz , Romeo dan Brooklyn.

SELEPAS Spice Girls berkubur, adakah anak-anak anggota Spice Girls bakal menggantikan mereka? Sekurang-kurangnya itulah yang bermain pada fikiran Victoria Beckham yang mahukan tiga anak lelakinya mengikut jejak langkahnya dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik di masa depan.
Victoria menyimpan angan-angan tiga anak lelakinya, Brooklyn, sembilan tahun, Romeo, enam, dan Cruz, tiga, bakal menubuhkan sebuah kumpulan pop yang dikenali sebagai The Beckham Brothers, sama seperti kumpulan remaja adik beradik sensasi masa kini, The Jonas Brothers.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh The Jonas Brothers.
Bercakap pada majlis tayangan perdana filem Disney, Camp Rock di London baru-baru ini, anggota tertua dalam kumpulan The Jonas Brothers, Kevin, 20, memberitahu Victoria sendiri telah memberitahunya mengenai perkara tersebut.
"Seluruh keluarga Beckham sangat hebat. Kami merasa cukup dihormati apabila berpeluang menemui David dan Victoria Beckham dan tiga anak lelakinya pada 2008 Teen Choice Awards baru-baru ini.
"Kami malah merakam foto kenangan bersama mereka. Dan Victoria berkata dia juga mahu tiga anak lelakinya itu menubuhkan kumpulan yang diberi nama The Beckham Brothers," ujar Kevin.
Adik Kevin, Joe, 19, pula begitu teruja dengan skil tarian breakdance Cruz.
"Cruz boleh menari breakdance dengan baik," ujarnya.
Selain Kevin dan Joe, The Jonas Brother turut dianggotai oleh adik mereka yang berusia 15 tahun, Nick.

0 comments: