Bagus juga idea ini..
16 September setiap tahun dijadikan cuti umum
**copy dari berita harian onlineKOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan Kelantan bersetuju dengan cadangan menjadikan 16 September, iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia, sebagai cuti umum.
Beliau berkata, cadangan itu sepatutnya diterima dan dilaksanakan di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, yang diperintah Pakatan Rakyat.
“Saya boleh terima, kalau empat negeri lain itu boleh terima,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau sedia menimbang cadangan itu. — Bernama.
**salah satu tarikh keramat yang tidak boleh lupa..
0 comments:
Post a Comment