Bos baru aku Pak Lah la ni..
copy dari berita harian online

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Najib Razak, manakala beliau mengambil alih portfolio Pertahanan daripada timbalannya itu ketika sidang media dipejabatnya, Putrajaya, semalam.
Pertukaran portfolio PM, TPM sebahagian pelan peralihan kuasa
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyerahkan jawatan Menteri Kewangan yang disandangnya kepada Datuk Seri Najib Razak, manakala beliau mengambil alih portfolio Pertahanan daripada timbalannya itu. Pertukaran portfolio itu adalah sebahagian pelan peralihan kuasa menjelang 2010, bagi membolehkan Najib memainkan peranan lebih besar dalam isu berkaitan dasar ekonomi, khususnya pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
Kementerian Pertahanan, antara portfolio penting dalam Kabinet, biasanya disandang oleh pemimpin kanan kerajaan. Abdullah, yang membayangkan pelan peralihan kuasa antara mereka mungkin dilaksanakan lebih awal daripada Jun 2010, berkata pertukaran portfolio itu dilakukan bagi membiasakan Najib dengan tugas-tugas Perdana Menteri. "Dalam jangkamasa ini saya akan menyerahkan kepada Najib beberapa peranan yang saya laksanakan sebagai Perdana Menteri dari semasa ke semasa dan masanya sudah tiba untuk beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan .
"Saya ingin nyatakan bahawa kami berdua memang komited dengan rancangan peralihan kuasa itu," katanya pada sidang media khas bersama Najib selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di sini. Abdullah berkata, beliau juga sudah memaklumkan mengenai pelantikan Najib sebagai menteri Kewangan kepada Kabinet. Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd. Perdana Menteri berkata, portfolio Menteri Kewangan amat penting bagi menentukan masa depan negara, terutama dalam situasi ekonomi semasa dan beliau yakin Najib dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik. "Sebagai Menteri Kewangan yang baru, Najib akan dapat menemui pelabur serta pengurus dana dunia di New York apabila mewakili saya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu depan.
"Sebagai orang yang akan ganti saya, tentu beliau dapat memainkan dan melaksanakan peranan yang penting dalam hal membangunkan ekonomi negara," katanya. Abdullah menjelaskan, sepanjang tempoh peralihan kuasa itu, beliau akan menjalankan tugas berhubung isu sosial, agama dan hubungan kaum, pembasmian kemiskinan serta pembaharuan sistem kehakiman, manakala Najib melakukan lebih banyak tugas Perdana Menteri. Katanya, keupayaan Najib untuk melaksanakan tugasan itu akan dinilai dan beliau akan tentukan bila timbalannya itu bersedia untuk mengambil alih jawatan berkenaan. "Saya akan putuskan bila saya akan pergi. Saya tidak akan tinggal melebihi 2010. Jika saya mahu pergi lebih awal, itu juga boleh. Kami akan sampaikan kepada Majlis Tertinggi Umno esok," katanya. Ditanya seawal mana pelan peralihan kuasa itu boleh dipercepatkan, Abdullah berkata: "Ia bukan untuk anda bertanya dan bukan untuk saya menjawab pada masa ini. Ia adalah proses yang akan diputuskan di antara sekarang dan Jun 2010." Perdana Menteri berkata, beliau dan Najib akan membuat keputusan yang sewajarnya selepas menilai perjalanan proses peralihan kuasa itu. "Saya akan memberitahu Najib apa yang saya ingin lakukan selepas itu. Ini adalah perjanjian di antara kami. Buat masa ini saya adalah Perdana Menteri dan Najib adalah timbalan saya," katanya. Abdullah menegaskan, beliau dan Najib semalam memperakui pelan peralihan kuasa antara mereka sudah berada pada landasan betul walaupun Naib Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mempersoalkannya dan mahu ia dipercepatkan. Katanya, pelan peralihan kuasa itu akan dibentang dan diperjelaskan sekali lagi kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini bersama perisytiharan kedua-dua mereka yang akan masing-masing bertanding jawatan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti. Kesepakatan Abdullah dan Najib itu menamatkan ura-ura Muhyiddin akan bertanding bagi mana-mana satu daripada dua jawatan tertinggi parti sekali gus mengakhiri kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar jawatan Presiden.
Kerani aku baru cetak beribu poster najib.. Kena tukar caption lain la poster tu. Gambar Pak Lah kena cetak banyak lepas ni..
0 comments:
Post a Comment