05 September 2008

Pilihanku nanti apa?

Bukan pasal jodohla, ini pasal kalau pertukaran pegawai di dalam cawangan ini ke unit2 lain. Aku yg mencadangkan untuk bertukar kerana kawan2 aku PRO di lain kementerian n jabatan dapat merasa semua benda. Tetapi di mindef ini dipecahkan kepada 4 unit; unit tadbir, unit rujukan & penyelidikan, unit perhubungan media dan unit media elektronik. Ketika ini, aku diletakkan di unit tadbir. Jawatan aku kat sini sebagai Pegawai Tadbir.

Pilihanku nanti:-

1. Unit Perhubungan Media
Kat sini aku boleh memperluaskan pengalaman bidang aduan pelanggang melalui email, surat, surat khabar, blog etc. Selain itu, portal kementerian perlu diupdate selalu. Di sinilah urusan update itu dibuat. Aku suka web2 ni. Walaupun seharian akan menghadap pc, aku suka buat. Aku pernah kerja tu selama 3 minggu kerana ofcmate aku g kursus.

2. Unit Rujukan & Penyelidikan
Kat sini pulak, menerbitkan buletin dan buku laporan tahunan kementerian. Selain itu, membuat paper cutting berkaitan dengan kementerian di setiap surat khabar utama. Sibuk juga kerja kat sini. Kat sini jadi pilihan kerana tidak diganggu sgt oleh "mereka2". Hehehe.. Ley bertapa kat sini. Buhsan je baca paper. :)

3. Unit Media Elektronik
Menerbitkan video korporat & in-house radio. Sememangnya makanan aku sebab aku dulunya amik jurusan penyiaran di UPM. Tapi yg tak bestnya, aku dah muak buat kerja porductuion ni. Kerja tak menentu. Lagipun aku dah merasa 3 tahun bekerja di Putra FM dulu. Apa2 pun, nampak askar je yg ley isi jawatan pegawai di situ.

Hmm.. Kata bos, hujung tahun baru reshuffle ini nak buat. Ntah jadi ke idak. Tunggu je la.. Apa2 pun aku membatu n mengeraskan hati ini untuk pegang jawatan PEGAWAI TADBIR ini. Org bg kerja aku buat.. Tapi takat itu je.. :P

2 comments:

Unknown September 6, 2008 at 5:53 AM  

atleast, ko ada 1 jawatan tak rasmi, pegawai penerbitan buletin kat blog ni...

Yusrizal September 6, 2008 at 8:55 AM  

heheh.. penerbitan ini untuk tatapan sendiri. kekadang tu kita lupa pernah buat n alami apa seharian. dengan blog ni, aku ley jadikan kenangan itu diabadikan. :)