23 September 2008

Wanita kaki panjang - Pemberita cungkil isi hati

GAMBAR ini menunjukkan Pankratova berdiri di sisi seorang pemberita.

LONDON - Wanita yang memiliki sepasang kaki terpanjang di dunia Svetlana Pankratova menceritakan pengalaman hidupnya ketika keluar temu janji dengan seorang pemberita baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar Daily Mail, Pankratova yang berambut perang dan bermata galak dengan ketinggian 198 sentimeter (cm) itu memiliki sepasang kaki berukuran 132cm.
"Ketinggian saya terletak pada kaki saya," katanya ketika diwawancara oleh seorang pemberita akhbar berkenaan ketika mereka minum di sebuah bar di London.
"Jika dilihat dari atas bahagian pinggang, saya seperti orang lain. Hanya apabila saya berdiri orang ramai akan terkejut," tambahnya.

Ketika wanita itu yang bekerja sebagai ejen hartanah di Sepanyol itu berdiri, pangkal pehanya menyamai bahu pemberita lelaki tersebut yang hanya memiliki ketinggian 159 cm.
Walaupun jelas dia kelihatan agak janggal ketika berdiri, wanita kelahiran Rusia berumur 36 tahun itu mengaku dia tidak berasa malu dengan kelebihannya.
"Tidak perlu, terima kasih saja, saya gembira dengan keadaan diri saya," jelasnya ketika ditanya sama ada dia sanggup menukar kakinya dengan kaki yang lebih pendek.
"Saya amat berbangga dengan kaki saya. Saya memiliki sepasang kaki yang langsing dan cantik," tambahnya.

Bagaimanapun, Pankratova mengaku dia berdepan beberapa masalah kerana kakinya terutama sekali ketika menaiki pesawat tambang murah atau membeli seluar panjang.
Menurut ibunya Lidia, Pankratova yang diiktiraf oleh Guinness World Records bagi kategori itu, dilahirkan dalam keadaan normal seperti bayi-bayi lain dengan berat 3.2 kilogram.
"Namun, ketika dia berusia satu tahun, saya menyedari dia membesar dengan amat pantas," katanya.
//nasib baik kaki illis normal, kalau mcm ni pompuan ni, kena beli katil lain.. :)

0 comments: