Nasihat pemakanan percuma di lif
Adoyai!! Aku sendawa kekenyangan pun belum lagi, dah kena nasihat pemakanan dalam lif masa aku nak naik ke ofc balik dari pegawai askar, berpangkat Mejar, bersaiz comel mcm aku gak. Siap tanya aku berat berapa? Siap nasihat, suruh makan buah je bila makan malam.. Takyah makan nasi lagi.. Ofc aku tingkat 6, kalau tingkat 40, mahu satu buku dia nasihatkan aku.
Sekarang kat mindef ni, askar sibuk dlm proses mengecikkan badan utk dptkan BMI di bawah 27. Kalau tak dapat badan yang "ideal", depa takley naik pangkat. Siap buat pemeriksaan kesihatan dan hantar gambar dari pandangan sisi, depan dan belakang tu ke bahagian urusetia askar.
//Tu yg kecoh tu kot, siap bagi nasihat percuma kat aku walaupun benda tu aku dah tahu, Cuma tak "serius" je ke arah tu.. Ada, tapi kadang2.. hehehe..
0 comments:
Post a Comment