24 November 2008

Sejak 2 menjak ni..

Sejak 2 menjak ni, aku rasa malas je nak g kerja. Alih2 khamis lepas aku dapat berita yg aku akan dipostingkan di tempat baru (mungkin ni dah 2 kali aku citer dlm ni). Seronok tak terhingga. Patutla sejak 2 menjak ni aku malas nak buat kerja. hahaha.. nak kena posting rupaya. Kena posting org tak suka ke atau org suka aku n tarik aku ke tempat baru tu. Ntahla. Layankan je..

Minggu lepas, minggu malas aku nak update blog aku. Takde benda nak citer kat korang atau malas nak memblog? Yg pasti, aku malas nak blog. Mcmana nak jadi penulis blog yang tegar mcm ni kan? Aku mmg taknak pun. Aku cuma nak lepaskan tension n sampai cerita2 aku untuk aku baca semula pada lain masa.

Syukur semua sihat sejahtera famili2 aku.. di serdang, gannu, bangi n di SP. Isteri aku dah 4 bulan lebih mengandung.. hampir separuh perjalanan beliau tempohi mengaharungi detik ibu2 mengandung ni. Kesian aku tegokkan dia.. Asik nak muntah n buang air kecil je tak kira masa. Dia pun semakin selera makan. Aku? Makin selera.. Hidup pun berteman sepanjang hayat kan. Makan kenala berteman. Kalau teman sorang je makan, mana adil beb! Hahaha..

Hujung minggu lepas, aku memfolo ilis untuk projeknye.. Samping tu, famili illis n kami berbeku (bbq) sempena b'day pak mertua aku yg ke 56 tahun pada 18 November yang lepas. Kiranya, setahun lepas kami bertunang. Kebetulan kami bertunang masa tu sama tarikh ngan b'day abah illis.

Kami bertolak malam sabtu selepas aku kena kerja luar di Putrajaya sempena majlis pecah tanah PUSPAHANAS di precint 1. Lambat habis majlis tu, dengar cerita Tun Rafidah Aziz sempat berjumpa Pak Lah semasa on dway ke majlis mindef tersebut. Ala, cerita hangat sekarang ni, pasal pilihanraya UMNO akan datang. Pasal tu no komen. huhuhu.. Dah la hujan di Precint 1 masa tu.. Balik terus nak demam dan ditambah dengan HP aku jatuh atas jalan tar kat parking majlis tu. Nyumpah cara adab masa tu.. huhu..

Jam 1130pm kami sampai Serdang malam tadi. Sepanjang jalan hujan. Jalan licin.. Tapi masih nak bawa laju. Kenapa ek? Ntah la. Hehehe..

Gambar? Aku upload sikit la.. Tetiba lak jadi malas lepas taip panjang2 ni..


Pak Lah seorang je pakai baju melayu masa tu..


Upacara Gimik pecah tanah..

kesian penganjur.. bukannya cerita pasal majlis pun tapi
press confrence pasal politik.. hehehe adatla tu..



tak sharp sgt pic masa ni.. sesak giler masa ni..

21 November 2008; 5.40pm

0 comments: