15 December 2008

Masih di sini..

Hari ini 15 Disember 2008, aku masih di Cawangan Perhubungan Awam. Arahan yg mengatakan aku dipindahkan ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) masih lagi tergantung. Ini kerana belum dapat surat arahan dari BPSM Mindef mengenai ini. Bahagian ini perlu mendapatkan kelulusan dari "Ibu sebenar" aku tu (Jabatan Penerangan) sebelum arahan pertukaran aku dikeluarkan.

Walaupun begitu, aku masih melakukan kerja hakiki di sini walaupun agak2 dingin.. Hehe.. Bos aku dah kurang bg kerja kat aku.. Aku kena setelkan kerja2 yg tertangguh yang penting tapi tidak urgent. Hehehe..

Hari ni aku kena bertugas di Bukit Antarabangsa. Malas nak ke sana pun ada. Aku rasanya ciplak pegawai2 terdahulu hanya memantau dari pejabat ni je. Jika ada keperluan baru pergi ke sana. Kami kena bertugas di sana bagi memantau kegiatan anggota2 tentera di sana. Selain itu, keperluan media juga diperlukan jika ada pegawai2 kanan kementerian turun pada hari itu. Harap2 takde la.. :)

0 comments: