18 January 2009

Minggu yang sibuk

Dari rabu hingga jumaat aku ditugaskan untuk ke Kuala Terengganu untuk membuat sidang media mengenai event sumbangan kepada balu dan veteran tentera di sana. Berlumba2 untuk mendapatkan media di sana. Apa2 pun seronok gile dapat buat tugasan luar di sana. Selepas ni, kalau takde halangan kemungkinan aku akan pergi seluruh semenanjung hingga ke sabah sarawak bagi memantau veteran ATM dalam aspek sosioeknomi mereka.

Sabtu dan ahad pula, aku, illis ditemani adik ipar aku, rill, pergi membeli-belah barangan baby. Persiapan utk anak pertama kami. Inysa-allah, duedatenya pada bulan 5 ni, iaitu 13 Mei 2009. Familiar tak tarikh 13 Mei tu? Hehehe..

Minggu depan, dari sabtu hingga ke hari kedua tahun baru cina, aku dan illis akan balik ke Kuala Terengganu. Jalan2 makan angin di sana sebelum kami dan keluarga sungai petani akan bercuti rehat di Surabaya dari 6 - 9 Feb.

Berjalan je kami kan? :) . Kami ke Surabaya pun, mak n ayah mertua aku yg sponsor selepas mereka berjaya manamatkan perkhidmatan kerjaya mereka. Jadi, mereka ingin menggunakan peluang bersara ini dengan melancong..

0 comments: