09 January 2009

Syarat saman tali keledar belakang boleh dibatalkan

KUALA LUMPUR - Jika anda disaman, baik oleh polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana kenderaan tidak dipasang dengan tali keledar penumpang belakang, ia akan dibatalkan.
Ini kerana saman tidak boleh dikeluarkan jika penumpang belakang tidak mempunyai tali keledar untuk dipakai manakala pemandu pula diberi tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk memasang peralatan tersebut.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, surat saman itu boleh diserahkan untuk pembatalan kepada pihak berkuasa yang mengeluarkannya.
"Kemungkinan perkara itu terjadi kerana masalah komunikasi.


"Tapi kalau ada tali keledar belakang dan penumpang tak pakai, memang wajar kena saman," katanya kepada Kosmo! bagi memperjelaskan kekeliruan yang masih timbul di kalangan pemandu mengenai peraturan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu itu.

*copy dari kosmo online.

p/s:- selepas ni mesti yg kena saman tu, buang tali pinggang kat belakang supaya dapat batalkan saman tu.. :)

3 comments:

ceri masam January 9, 2009 at 7:53 PM  

wah wah wah!
esok jugak aku cabut!

hahahahahh

Violet Ann January 12, 2009 at 2:12 PM  

xyah la pasang lg. dekat2 3 thn period yg gov bagi utk pasang tali pinggang keledar kat belakang nak habis, baru aku pasang. wahahaha.

Yusrizal January 13, 2009 at 10:40 AM  

hehehe.. tunggu sampai 3 tahun, dah tebal mana lak saman kita dapat..

kesian lak kat kereta2 yg dah otaikan n anak2 depa yg ramai.. mrk buat ni mcm nak promote suruh beli MPV je.. iyerla, MPV proton nak kluar tak lama lagi..