Filem baru yg baru aku tonton di panggung
Eloo..
Oleh kerana lama tak tenet dengan illis (3 hari out station@genting), kitaorg g JJ Cheras Selatan nonton wayang The Spiderwicks Chronicles. Penuh juga panggung. Duduk kat couple seat, nasib baik ada kosong lagi. Yg standard seat punya udah penuh.. Tak sanggup nak dongak. Masa tengok 10,000 B.C, kitaorg duduk 4 bari dari depan. Mak ai.. Letihnya tengkuk.. Malam tu tido tak ingat punya. Pejam mata kejap je, dah kul 530 am.. huhu..
Ulasan + pandangan aku
The Spiderwicks Chronicles
- sesuai dibawa bersama anak2 jika anda sudah berkahwin + anak
- tak seram sgt watak jahat, mungkin filem ni tuk kanak2 kot..
- mcm ada sambungan je cerita ni.. kalau ada, harap2 lebih mencabar sikit..
- jalan cerita filem ni mcm biasa je aku tengok
- 2.5/5 je la..
10,000 B.C
- nampak mcm best, tapi tak beri kesan sgt.. tak mencabar sgt
- rambut watak2 dlm filem ni dah mcm korn.. tak terurus. tapi misai kemas pulak trim.. huhuhu..
- jalan cerita, seperti biasa.. Love punya hal. sanggup buat apa saja..
- 3.0/5 je
Step Up 2 - The Streets
- best.. tapi mcm yg 1st lagi best.. mcm nak tgok lagi cerita ni..
- lain dari yg lain juga la cerita ni..
- yang baik mesti kalah dulukan?
- remaja2 suka la tengok cerita ni. nanti ramai la penari kat Downton Cheras nanti.. :P
- kalau aku slimkan, sonok juga nari2 mcm dorang dlm filem ni..
- 3.0/5 aku bagi..
CJ7
- sesapa yg ada anak, bawalah sekali nak tgok cerita ni.. sedih beb! huhuh
- guna CGI tapi nampak tak kemas.. kemas lagi Yusry buat dlm Cicakman
- letih juga nak baca subtitle, cerita cina kan..
- semua cikgu sekolah kat china seksi mcm tu ek? :) ... bahaya tu.. MERBAHAYA...
- 3.0/5 je la..
- letihnya nak tgok hero ni melompat2.. nama pun jumperkan?
- lain dari yg lain.. tapi tak mencengkam + menusuk kalbu hati ku ini..
- apa ek nak ckp lagi? ntah la..
- 2.5/5... mcm tak adil pulak kan.. aku bagi 2.3/5 je la kalau mcm tu
Vantage Point
- filem ni best. bagi aku la..
- moral filem ni, jgn nilai org sebelah mata je.. kalau ada dua mata tu, gunakanlah kedua2nya.`.
- filem ni asik nak tunjuk flashback je, tergelak kita org dlm panggung sebab setiap flashback tu akan ditunjukkan waktu yg sama.. (tak kelakar sebenarnya pun..)
- US kan hebat (konon2).. Semua masalah dpt disetelkan..
- 3.5/4 aku bagi.. sebab tak suka US.. :P
0 comments:
Post a Comment