17 March 2008

Isnin is Monday..

Eloo..

Betul punya semangat aku bangun tido pagi ni. Tak sempat ayah aku n jam loceng aku bunyi, aku dah bangun. Syabas!! Tapi pelik pulak! Selalu berat2 (walaupun dah badan makin berat) nak g kerja lebih2 lagi hari isnin. Dah kluar awal, maka, jln pun clearlah. Kereta tak banyak lagi. Aku masih dengan mood yang baik lagi. Teringin nak makan bfast dari McDonald. Tp tak best lak sebab tak makan ngan Illis. Aku tak suka makan McD sorang2. (Mlm ni nak makan McD la..)

So, terus la aku memandu laju kereta yang baru ku polish.. Pergh!! Kilat ngelip u.. Tapi mood tetiba jadi tak best pulak bila sampai KL, lampu isyarat asyik merah je.. Asyik merah je.. (Kak Merah pun tak suka juga kan??? huhuhu..). Mata aku dah semakin mamai.. Akhirnya sampai juga aku di car park MINDEF.. Lengangnya.. Mcm nak main drift lak.. Nasib baik kereta auto. Kalau manual, dah lama buat.. (tak tahu buat sebenarnya. barulah Impak Maksima. ckp mesti poyo2..uweeekk!).


Seperti biasa, aku letakkan di tingkat 4.. Jam baru kul 7.02 am.. Awal lagi nak masuk ofc.. Pintu masuk ofc pun lum buka lagi... So, nak lelapkan mata kejap. Tak sampai 3 minit, (tgh ambil mood nk tido) ada sebuah kereta yang bingai.. Dah masuk kotak parking.. Pastu duk menyuluh lampu ke kereta aku. Silau la jadinya.. (tak puas hati kot kereta aku berkilat. Agaknya la kot..) Nak tido kejap pun takley. 3 minit juga la aku rasa. Aku amik la gambar kereta tu. Terus dia padamkan lampu kereta dia.. Perasan kot aku jadi paparazi kejap.. Tak blajar sivik agaknya bingai ni. Mesti jenis org yang tak reti bahasa kot. Bila dah berhenti kereta kat parking ke bahu jalan ke.. kejap or lama ke.. tutupla lampu tu. Buat silau org je..


Itulah kereta bingai.. Dah habis make-up pun tak tutup lagi..

Aku tak dpt nak tido.. So ngantuk la aku sekarang ni.. La ni dah celik2 sikit sebab nak susun ayt ni.. Huhuhu..

"HAPPY MONDAY BLUES.."

2 comments:

Anonymous March 17, 2008 at 3:18 PM  

ari jemaat ko ngumpatkan akak

ari senin pun ko ngumpat gakkan

oi keter tu dah sah2 belah kiri apa lak silau kat ko lak

saje lah tu nak carik gaduh ngan org kan kan kan

Yusrizal March 17, 2008 at 3:35 PM  

mana ada ngumpat kak. puji la..

kereta tu duduk sebelah kiri pun dah silau. Tgok cahaya tahap silau dia tu. Belum duduk depan2 lagi..

Esok nak parking tempat lain pulak la.. :P