13 August 2008

Harga minyak turun kepada AS$111.37

LONDON - Harga minyak dunia jatuh lagi semalam ketika mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) yang kian kukuh dan tindakan Rusia yang menghentikan operasi ketenteraan di Georgia, kata beberapa pelabur.
Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran September di pasaran elektronik London, Britain jatuh AS$1.3 (RM4.32) kepada AS$111.37 (RM370.47) setong selepas jatuh serendah AS$110.47 (RM367.43) setong.
Kontrak utama New York, AS untuk minyak mentah light sweet untuk penghantaran September jatuh AS$1.34 (RM4.45) kepada AS$113.11 (RM376.20) setong. - AFP


p/s:- minyak antarabangsa dah turun, kat malaysia bila yer? kalau dah turun, harap2 aku sempat dpt lagi subsidi RM650 bulan 10 ni, jgn pak lah cancelkan pulak ek? hehehe

0 comments: