Depp antagonis terbaru Batman
BINTANG siri filem blockbuster Pirate of the Carribean, Johnny Depp dilaporkan bakal memegang watak antagonis menerusi siri filem terbaru Batman.

Johnny Depp
Depp sebenarnya pada awal tahun ini telah digembar-gemburkan bakal menghidupkan watak The Riddler, tetapi baru-baru ini perkara tersebut telah disahkan kebenarannya.
Aktor veteran Michael Caine yang melakonkan watak tukang masak Bruce Wayne atau Batman dalam dua siri filem Batman, iaitu Batman Begins dan The Dark Knight memberitahu media, siri terbaru Batman bakal menampilkan Depp dan pemenang Oscar, Phillip Seymour Hoffman untuk watak antagonis.

Michael Caine
Beritahu Caine kepada MTV: "Saya berada dalam satu mesyuarat bersama para eksekutif Warner Bros. (penerbit siri filem Batman) dan saya tanyakan kepada mereka, 'Adakah kita akan membikin satu lagi siri filem Batman?' dan mereka menjawab, 'Ya sudah tentu.'
Tambahnya, "Saya kemudian bertanya kembali, 'Bagaimana mahu mengatasi kehebatan watak lakonan mendiang Heath Ledger sebagai The Joker?'. Mereka kemudian berkata, "Macam mana nak mengatasi Heath ialah Johnny Depp sebagai The Riddler dan Philip Seymour Hoffman sebagai The Penguin."
Depp sebelum ini pernah menunjukkan minat ketika dia mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia bakal memegang watak The Riddler itu.
"Saya ada dengar mengenai gosip tersebut. Ia kedengaran menyeronokkan."
Pengambaran siri ketiga filem Batman yang menampilkan Christian Bale sebagai Batman/Bruce Wayne itu dijadualkan bermula pada tahun depan.
0 comments:
Post a Comment