Kirim kad raya sebelum 25 Sept.
copy dari kosmo online
SEBAHAGIAN daripada petugas yang memproses kiriman kad Hari Raya di Pejabat Besar Pos Malaysia, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (PMB) menasihatkan orang ramai supaya menghantarkan kad ucapan Aidilfitri selewat-lewatnya pada 25 September ini untuk memastikan kad-kad tersebut sampai kepada penerima sebelum perayaan itu. Menurut Pengerusi PMB, Tan Sri Aseh Che Mat memberitahu, setiap penghantaran mengambil masa dua hingga empat hari bergantung kepada destinasi."Bagi mengelakkan kiriman kad raya tidak diterima tepat pada waktunya, pelanggan dinasihatkan untuk membuat penghantaran sebelum tarikh ditetapkan.
"Kad perayaan itu perlu mengikut klasifikasi Surat Standard ataupun Surat Bukan Standard bergantung kepada berat, saiz dan ketebalannya," katanya kepada pemberita pada sidang media Penghantaran Kad Hari Raya 2008 di sini semalam.
Tambah beliau, jika kad tersebut tidak mengikut klasifikasi, kemungkinan ia tidak akan sampai kepada penerima. Kadar pos untuk Surat Standard ialah 30 sen untuk berat 20 gram ke bawah dan 40 sen untuk berat 50 gram hingga 20 gram manakala kadar untuk Surat Bukan Standard pula bermula pada 50 sen untuk 50 gram ke bawah.
"Menurut Aseh, walaupun kecanggihan teknologi ketika ini membawa kepada pengenalan pelbagai alternatif untuk mengutuskan ucapan salam Aidilfitri, namun kaedah tradisi dengan cara mengirim kad-kad ucapan tetap tidak diketepikan terus oleh orang ramai.
Beliau memberitahu, sehingga 13 September lalu, 1.01 juta kad ucapan Hari Raya sudah diproses, dan pihaknya menjangka 8.27 juta kad ucapan Aidilfitri itu akan diproses pada tahun ini.
"Berbeza daripada penghantaran ucapan melalui perkhidmatan sms dan mms, penghantaran kad-kad ucapan adalah lebih bermakna kerana ia boleh disimpan dan dipamerkan," jelasnya.
Bagi meningkatkan operasi perkhidmatan, katanya, Pos Malaysia mengambil 177 orang pekerja sementara bagi membantu mengatasi masalah penambahan beban kerja.
0 comments:
Post a Comment